LUAHAN HATI "USTAZAH" BERTUDUNG

[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=Rt8jnJrQxsoendofvid
[starttext]
LUAHAN USTAZAH BERTUDUNG

gambar hiasan
Kenapa yang dinamakan ustazah itu..
menyuruh kami menukar penampilan
dr bertudung labuh ke tudung 'Arini'
katanya 'kamu di bidang engineering tak sesuai'
'susah utk mendapat pekerjaan'
kenapa begitu ye ustazah?
tidakkah ustazah tahu tudung tu singkat?
bukan saja singkat,malah melekat
itukah tuntutan syarak?

gambar hiasan

duhai ustazah..
ustazah sepatutnya membela kami
menjaga kami agar kami tidak terpesong
tapi sebaliknya yg sedemikian terjadi
bukankah tuntutan syarak itu memakai pakaian longgar
memakai tudung yang labuh dan menutupi paras dada?
seperti yang telah tercatat dalam kalamNYA
tidak kiralah bidang perguruan ke,doktor ke,
bahkan engineering sekalipun
bukannya kami tidak tahu
perkara ini telah dibahaskan oleh para penceramah2 hebat
kami tahu bila masa kami kena pakai pakaian yang bersesuaian
bila pergi ke tapak projek,atau panjat tiang contohnya,
kami takkan pakai jubah atau baju kurung
kami akan pakai seluar,tp seluar yg macamana?
seluar yg masih bertepatan dengan kehendak hukum
begitu juga dalam soal tudung
harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan

gambar hiasan

Kenapa yang dinamakan ustazah itu...
mengesyorkan kami,atau menggalakkan kami utk ber'couple'
kononnya kena cari waktu belajar,nanti susah nak dapat jodoh
benarkah begitu ye ustazah?
tiada pula kami jumpa dalam ayat2 Allah dan hadith2 baginda
syarat utk berkahwin,perlu ber'couple' terlebih dahulu
mungkin niat ustazah baik
tapi ustazah,matlamat tidak menghalalkan cara
yang haram tetap haram,yang batil tetap batil
ustazah bukan tidak tahu,bila kami couple
apa yg akan jadi?
sudah semestinya kami asyik berjumpa dengan pasangan kami
tentunya kami akan saling merindui
paling confirm, dalam solat kami mesti terbayang wajah si dia
ustazah mahukah kami begitu?
lainlah kalau ustazah bagitahu kami
'ada orang mintak tolong ustazah,carikan bakal ISTERI,
kalo kamu bersedia,boleh ustazah kenalkan'
bukannya 'eh tak boleh mcmni,ko kena cari time bljr ni,kalo tak, membujang la ko sampai ke tua'
takpun 'ha,bwk 'dia' datang jumpa ustazah' (kononya nak tilik serasi ke tak)

wahai ustazahku..
tidak kah semua tu mengundang bahaya?
bila ada pelajar yang mengandung anak luar nikah,
semua orang menunding jari salahkan pelajar itu
sedangkan kami telah dicorak sebegitu

ustazah..
bukan kami tak mahu menerima nasihat ustazah
untuk mencari 'seseorang' semasa waktu belajar
tapi kami takut..
kami takut seandainya masjid yang kami bina dengan pasangan kami,
tidak mendapat redha Allah
takut pincang di tengah jalan
takut lahir zuriat yang tidak soleh dan solehah
takut lahir zuriat yg takut utk berjuang di jalan Allah


gambar hiasan
ustazah..
kami sangat yakin,masih ramai muslimin yg baik2..dan soleh
yg tidak meletakkan syarat utk ber'couple' sebelum nikah
itulah yg kami mahukan
muslimin yang meletakkan Allah dihadapannya
muslimin yang mengikuti sunnah Baginda
muslimin yang menjadikan syahid sbg matlamat utamanya
muslimin acuan Al-Quran..
bukan seperti lelaki yg suka 'usha' perempuan
bukan lelaki yg bila kedengaran azan,masih melepak,masih bersama dgn pasangannya
bukan lelaki yg liat utk ke majlis agama
bukan lelaki yg cintakan dunia
harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan...

gambar hiasan

Kenapa yang dinamakan ustazah itu...
menyokong utk mengadakan konsert di kampus?
bukan konsert nasyid tapi konsert rock
yela..rock la tu kalo dah jemput kumpulan meet uncle hussain
ada juga pelajar2 tubuh band masing2
kata ustazah, kononnya nak release tension para pelajar
kata ustazah lagi,para pelajar duduk atas kerusi
hm,bg kami,tak mungkin pelajar2 akan duduk kalo dah konsert rock
mesti bangun lompat2 jugak..
kami ada pengalaman
bila dah lagu rock, semuanya lalai
sedangkan dalam islam, menurut pendapat ulamak masa kini,
muzik diharuskan tapi mesti menepati syarak
contohnya tak boleh guna muzik-muzik
yang digunakan oleh golongan fasiq dan fasad
seperti rentak rock dan sebagainya
ustazah tentu tahu kan, Nabi bersabda
"barangsiapa menyerupai sesuatu kaum,ia seperti tergolong dalam kaum tersebut"

ustazah..
dengan konsert tu,kami para pelajar dapat tambah keimanan kami ke ustazah?
dengan konsert tu, kami para pelajar akan jadi pelajar yg berakhlak ke ustazah?
tidak ustazah..
kami pasti, kami semakin lalai dan leka
harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan...


Ustazah..
niat kami bukan untuk memandai-mandai
jauh sekali untuk menghentam
tapi ustazah org yg selalu berbicara ttg Allah
kenapa sanggup mengajar dan mendidik kami sebegini?
kami menutup aurat,
kerana kami ingin ikut apa yg ada dalam kitabullah
kami tak nak couple
kerana kami tidak mahu lalai dengan cinta yang menjurus kepada zina
sedang zina itu byk..zina mata,zina mulut dan zina hati atau perasaan
kami membantah perkara-perkara yg akan melalaikan kami
kerana kami takut,dalam majlis itu,kami dijemput Allah
kami takut iman kami lemah
kami takut akhlak kami rosak
dan kami takut..hilangnya maruah kami sebagai pembawa syiar Islam!






Harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan....





p/s : luahan ini adalah seorang yang mengadu kepada seorang 'ustazah'.. pada saya, ia adalah sebuah luahan yang menyentuh hati.. untuk mengenali penulisnya sila [klik]
[endtext]

3 comments:

ummul mujahidah_90 said...

salam alaik.sudah lama sudah tidak brkunjung.buat pnulis..bersabrlah.ana juga prnh meghadapi..ana juga dl pelajar engin..mechi...kawan2 sekelas menghina ana..namun alhamdullilah guru agama ana sentiasa beri sokongan..mungkin ketika itu ana kelihatan pelik kerana bertudung labuh sedangkan pelajar lain biasa2 saja tetapi jangan jadikan pakaian kita satu masalah..kita berpakaian sudah betul atas tuntutan syariah juga..sabarlah..kuatkan hatimu ya ukhti...

sufi said...

Teruskan perjuangan dengan tudung labuhmu dik,

Jika kita ikut semua perintah Allah,

Allah akan menjaga kita,

Rezeki ada di mana-mana,

Semuanya milik Allah.

Anonymous said...

tiada halangan bagi wanita y bertudung utk melangkah kehadapan saabatku..Allah bersama kita.

Post a Comment