[starttext]
inginku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan
tentang kebimbangan ku
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan yang ganas lagi bernafsu sarakah
Ratuku
kebimbanganku ini masih menebal
apabila mendengar dengugan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu
Ratuku
kebimbanganku bertambah lagi
bila melihat bunga yang tak segan silu
yang melampiskan kecantikannya ketika sedang mekar
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya
Ratuku
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
kerana apa yang ku lihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga yang gugur
bagaikan tiba musim luruh
Ratuku
bukanlah kuharapkan kau segigih Siti Hawa
yang berlari-lari antara Safa ke Marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menantikan kekasih di pintu syurga
Ratuku
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aisyah
bukan juga Rabiatul Adawiyah
wanita suci terpuji
kerana aku tidak layak mengharapkan
sedemikian rupa
cukuplah sekadar engkau mencontohi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya meliwati pintu-pintu syurga
Ratuku
janganlah engkau risau ratuku
kedangkala musim berganti
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buat mu
Ratuku
Esok musim bunga pasti akan tiba dan
engkau akan mampu berkembang lagi
cuma yang ku harapkan ketika itu
kau jagalah kelopakmu itu
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang-
merosakan serimu kerana kau ratu idaman kalbu
Ratuku
aku bukan memandang kecantikanmu
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku tersenyum lega
kerana aku yakin ketemu Ratu yang benar-benar RATU
p/s : Diambil dari :[klik]