Suara Intelektual Muslim

[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=L-T_INEasY8endofvid
[starttext]
dalam mencari pembahruan dalam pemikiran supaya kita tidak menjadi jumud dalam berfikir ana siarkan video ini, pernah satu hari ana mendengar sebuah kuliah yang disampaikan oleh seorang ustaz, bliau mengatakan bahawa, sebagai seorang yang berpendidikan tidak sepatutnya kita menjadikan perbuatan orang-orang lama sebagai dalil sedangkan kita boleh mendapatinya dari dalil yang kuat dari Al-Quran dan Sunnah,

pemikiran yang sebetulnya adalah islam dikuasai dengan ilmu,

bagi saya, saya suka sangat jika seluruh umat islam di malaysia khususnya dapat menguasai ilmu agama dan beramal dengannya berteraskan dalil. itulah yang di ajar oleh imam mazhab 4.

okey, ini adalah anatara tuntutan yang dikeluaran oleh KIMM

Lapan tuntutan yang dikemukakan ialah:

1) Meminta pihak berkuasa agama ketepikan sikap prejudis terhadap para ulama/pendakwah seperti membuat tuduhan sesat tanpa bukti dan alasan yang kukuh.

2) Meminta diberi layanan yang adil kepada semua pendakwah tanpa prejudis seperti tolak permohonan tauliah dan ceramah tanpa sebab.

3) Meminta supaya dibuang senjata tuduhan Wahabi kepada golongan agama/tokoh agama hanya kerana berbeza pendapat dengan niat jahat.

4) Membantah mana-mana pihak dalam institusi agama di Malaysia menuduh Kerajaan Arab Saudi dan ulama-ulamanya. Di samping tuduhan itu salah, ia juga memberi implikasi buruk kepada hubungan kedua-dua negara.

5) Hentikan cercaan terhadap tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Imam Mazhab 4, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Syatibi, Muhammad Abd Wahab dan mana-mana tokoh ilmuan Islam.

6) Meminta ruang dakwah yang adil diberikan kepada aliran yang tidak difatwakan sebagai sesat.

7) Meminta agar sesiapa yang memiliki kelulusan pengajian Islam/Agama yang sah dikecualikan daripada tauliah.

8) Meminta agar sesuatu amalan/fahaman yang berbeza dengan amalan setempat tidak dikategorikan sesat, selagi mana ia bersandarkan kepada dalil-dalil dan kaedah yang sah.


kita sama-sama teliti dan kita hayati masalah ini dengan ilmu tanpa ada emosi dan prejudis...



[endtext]

10 comments:

ummul mujahidah_90 said...

ana setuju...tetapi ana ada terbaca artikel tentang bahaya wahabi di malaysia kerana dapat memecah belahkan perpaduan...namun...apa jua sekalipun..kita tetap kena berjaga-jaga kerana dikhuatiri ajaran sesat..berimanlah..kajilah al-quran..insyaAllah..syurga Allah menanti...

Syihabudin Ahmad said...

hahahaha yang dapat memecah belahkan perpaduan bukannya masalah wahabi.. tapi masalah orang menuduh individu/kumpulan tertentu sebagai wahabi... sedangkan dorg pon tak tahu apa itu wahabi... kalau wahabi itu ajaran sesat, maka kita berimamkan juga dengan orang yang sesat kerana di makkah dan madinah imam2 mereka beraliran wahabi

ummul mujahidah_90 said...

bagaimana pula dengan aminah wadud???pernah menjadi imam solat jumaat dengan bermakmunkan lebih kurang 20 orang..campur lelaki dan perempuan dalam satu saf..asif..ana insan jahil..ilmu pun sedikit...

ummul mujahidah_90 said...

syukran..asif..ana dah dapat penjelesan tentang wahabi dari sahabat ana di cairo..ana jadi keliru kerana 2 sahabat ana melahirkan pendapat yag berbeza tentang isu wahabi..sekarang ana faham..asif..ana doa segala kekeliruan yang berlaku kini akan terkubur kerana kesatuan umat itu yang lbih utama untuk mencapai redha Ilahi..asif..atas kelemahan ana...jazakallahu khairan khatira...

Syihabudin Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Syihabudin Ahmad said...

kullu muhdasatin bidaah, wa kullu bidaatin dhalalah.. wa kullu dhalalatin fin narrr...
setiap perkara baru dlam agama itu adalah bidaah, dan setiap bidaah itu sesat.. dan kesesatan itu tempatnya di neraka... (hadis sahih)

untuk pengetahuan anti... amidah wadud sesat kerana membuat bidaah yang tak pernah dilakukan oleh rasulullah saw.kerana, agama itu mesti ada sandaran hadis dan al-quran jika tiada, maka ia adalah bidaah..kita katakan aminah wadud itu sesat.. tapi kita tidak kata dia kafir.. kerana.. tiap2 orang yang sesat, tidak semestinya dia kafir.kita masih membuka jalan padanya untuk segera kembali kepangkuan islam yang sebnar(berlandaskan Al-Quran dan sunnah)

wahabi mungkin dikatakan buruk..jika ia buruk.. maka saya tidak akan sesekali bergantung padanya. tetapi jika ia suatu gagasan yang membela islam berdasarkan keaslian ( AQ&Sunnah) maka saya adalah orang yang setia berada di belakangnya.

pesanan saya, janganlah kita menjadi orang yang pekak,buta dan tuli..kita ambil sesuatu itu berlandaskan fakta yang benar dan sahih.. kerana agama itu dikenali dengan fakta dan angka.

pekak-tidak mahu mendengar keterangan (Al-Quran dan As-sunnah)
buta-Tidak mahu melihat bukti (Al-Quran dan A-Sunnah)
tuli-jahil dalam mengikuti (Al-Quran dan As-sunnah )

saya pinta jasa baik anti..ummul_mujahidah untuk berkongsi kefahaman wahabi pada saya, moga sama-sama kita dapat manfaat..

ummul mujahidah_90 said...

salam alaik...ana takut nak membuat ulasan...takut tersalah terang..di sini ana copy pebualan ringkas antara ana dan sahabat ana..
semoga dapat memberi manfaat..

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: golongan wahabi juga dikenali sebagai salafi

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: yang menggunakan dalil-dalil zahir dalam beramal seperti ada dalam al-Quran dan hadith

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: hadith, hanya hadith soheh sahaja dipakai, adapun lain ditolak

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: maka ianya bertentangan dengan amalan ahlul sunnah wal jama-'ah.

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: yang meraikan sebarang hujah atau dalil yang masih boleh dibincang

ana: maksudnya pengikut wahabi menolak 4 imam kan

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: seperti menolak amalan membaca yasin di malam jumaat, tahlil dan sebagainya.

ana: tp klu dyeorang kte itu semu haram salahkan

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: tiada masalah sebab ada hujah/dalil, namun janganlah sampaik mengkafirkan orang lain yang hendak beramal, sebabnya ia juga ada nas-nas tertentu yang dibolehkan oleh syara' untuk diamalkan

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: maka berpada-padalah dalam beragama

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: isunya adalah 'sikap'

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: sebab tu saya tidak berani untuk ulas di laman blog saya

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: bimbang isu ini diperbesarkan.

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: sedangkan kita mahukan kesatuan antara umat, bukan perpecahan

ana: sahabat saya dia wat ulasan di blog tentg wahabi..respon dari pengikut wahabi amat dahsyat

ana: em..syukran

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: janganlah disebabkan sikap kita yang ekstrim mempertahankan pendapat hingga saudara seislam lain dipersalahkan.

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: maka kesannya orang islam yang dah jauh dari ajaran semakin jauh, dan orang bukan islam tawar untuk mendekati islam

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: maka hati-hatilah seperti selalu saya sebitkan dalam laman blog saya

ana: yee...syukran

ana: namun..bila antara blog2 yang saya lawati wat statement yg berbeza tntg wahabi wt sy keliru

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: *sebutkan

ana: maknenya..bila dah taksub 2 yg timbul mcm2 dalil

ana: syukran atas segala keterangan

ana: alhamdullilah...
tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: benar, alhamdulillah saudari mudah cepat faham dan belajar.

ana: ana insan jahil, jadi ana akan mencari untuk jadi lebih berilmu

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: kalau saya nak popularkan laman blog saya, dah lama saya gunakan platform ni, sebab ramai yang suka ulas dan berbahas

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: tapi kita masih dikurniakan akal rasional, maka pilihlah yang baik demi umat dan agama

ana: em..tp kalau x kerana mereka berbahas saya xkan dapat ilmu baru

ana: tp boleh ke kita ikut ajaran mereka sikit sedangkan kita mazhab lain???

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: sebenarnya golongan ini bukannya mazhab baru

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: ianya hanya kumpulan, yang lahir seperti parti, atau organisi

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: kecuali abdul wahab yang dikatakan pengasas, adalah ahli mujtahid

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: yang lain hanya ta'sub dan memandai-mandai dalam urusan agama

tuan mohd rezza bin tuan mohd khanafiah: mazhab yang di'itiraf hanya empat.

Syihabudin Ahmad said...

maaf ya ukhti.. jika wahabi ada mengharamkan pembacaan yasin malam jumaat itu mmg betul.. ada alasannya, kerana orang mengkhususkan malam itu dengan bacaan yaasin dan tak boleh perkara lain... dan saya tak tahu plak wahabi yang mengkafirkan orang.. setahu saya sebagai orang prlis yang dituduh wahabi ini pon, tak pernah mengkafirkan siapa2.. kalau ada orang yang dituduh wahabi mengkafirkan.. sila tunjukkan bukti...Allah SWT beri kita Al-Quran untuk kita fikir.. ana ada sedikit kajian berkenaan tentang wahabi, setahu saya, mereka lansung tidak menolak mazhab imam 4 bahkan imam abdul wahab sendiri bermazhab hambali.. Yusuf Qardhawi mengharamkan bacaan yasin 3kali dan doa2 berkaitan,adakah dia juga dianggap wahabi?? kata nama waahabi ini hanyalah kabur mata barat.. mereka gunakan untuk perpecahan ummat dari dalam.. ana pernah dituduh wahabi bila ana kuarkan kenyataan imam as-syafie berkenaan majlis tahlil dan talkin, kerana apa? kerana ia bertentangan dengan amalan tradisional masyarakat melayu.. terima kasih ukhti.... sila berkongsi lagi... Kita memerlukan mahasiswa/wi yang banayak kajian seperti anti dan kawan2 anti...

[[khaulakifah]] said...

wahabi juga mnggunakan hadis yang dhaif ,tetapi tidak lah terlalu dhaif.. cuba anda bayangkan jika sudah ada hadis yang sahih,mengapa perlu pakai hadis yang tidak sahih?bukankah yang kuat itu perlu diutamakan untuk menjamin kesahihan suatu hujjah..dan setakat pengatahuan saya, orang yang dituduh wahabi seperti orang2 perlis teramatlah mudah dalam beragama, kami ambil apa yang datang dari nabi melalui syrahan para imam muktabar, tidak langsung mahu lari dari landasan sunnah..kerana kami amat mempercayai bahawa sunnah itu boleh dijalankan dulu kini dan selamanya,orang menuduh wahabi pada dr maza sedangkan kami bersoal jawab dengannya.. dia seorang yang bertegas dalam akidah dan meluaskan pemikiran dalam bidang feqah..perbincangan dalam agama tidaklah membawa perpecahan, tetapi memberi pemikiran yang luas, dalam keadaan yang moden ini, kita mesti guna feqah qardhawi yang banyak boleh dari tidak boleh...

ingatlah sahbat2... bila kita bawa agama Allah, kita tidak ditentang dan dihalang, maka dalam pembawaan kita ada masalah..

saya juga setuju orang yang mengaku wahabi ada yang taksub, tapi saya sendiri melihat.. orang melayu juga taksub kepada mazhab syafie sehingga apa yang tidak dikatakan syafie juga dikatakan diambil darinya..

cuba baca kenyataan dr asri dan sahabat2nya yang dikatakan wahabi, anda akan dapat sesuatu yang berlainan dari apa yang anda dengar.

saya tak taksub dr asri, saya tak taksub imam abdul wahab, saya juga taksub imam 4 dan saya juga tidak taksub kepada sesiapa pon dimuka bumi ini.. tapi saya amat taksub dan menggilai MUHAMMAD BIN ABDULLAH SAW dan AJARAN WAHYU YANG DIBAWANYA....

[[khaulakifah]] said...

saya tak taksub dr asri, saya tak taksub imam abdul wahab, saya juga TAK taksub imam 4 dan saya juga tidak taksub kepada sesiapa pon dimuka bumi ini.. tapi saya amat taksub dan menggilai MUHAMMAD BIN ABDULLAH SAW dan AJARAN WAHYU YANG DIBAWANYA....

Post a Comment