0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=nOUlrk3kGGcendofvid[starttext]Nyanyian Opick dan Amanda ini amat menyentuh hati dengan lirik-lirik yang amat indah dan amat menikam didalam jiwa... mari sama-sama kita hayati lagu ini..


Penyanyi: Opick
Tajuk Lirik Lagu: Maha Melihat (Feat. Amanda)

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya
*Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Pemyayang
[ Maha Melihat (Feat. Amanda) lyric found on www.lirik.my ]
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung
Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penih dengan tangisan
Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata

[endtext]

Yang Maha Melihat

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=LkX11j46Abcendofvid[starttext]Bismillahirrahmanirrahim...
Serasa ingin berkongsi rentetan kisah yang terjadi hari ini. Kisah sedih yang mengundang air mata di setiap wajah yang melihat keadaan Ustaz, juga pada raut mereka yang menatap wajah suci ustaz yang telah pergi menyahut seruan Ilahi..tiada dapat ditahan sebak itu, tiada dapat disekat air mata itu... Begitulah impak pemergian seorang GURU juga KETUA kepada semua anak-anak muridnya, semua pengikut dan setiap insan yang mengenalinya...

Ustaz ini ialah al-Fadhil Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain.


Beliau ibarat seorang bapa kepada semua.
Beliau adalah Mudir pelajar-pelajar MATRI.
Beliau adalah Ustaz yang tidak jemu mencurahkan Ilmu.
Beliau adalah seorang da'ie yang tiada penat menyebarkan dakwah dan tarbiyyah.

Ustaz Dahlan adalah segalanya bagi kita semua yang mengasihiNya kerana Allah swt.

Hari ini, hari Sabtu : 18 September 2010, jam 9.55am Ustaz Dahlan telah pergi meninggalkan kita semua. Cuba saya kongsikan rentetan peristiwa pagi tadi...

" Lebih kurang jam 5.00 am terdengar bunyi kereta,pintu pagar dan motosikal...tidurku sedari malam tadi kurang nyenyak, asik terjaga dan berubah tempat. Justeru mendengar bunyi-bunyian di luar mengundang tanya dalam benakku. Namun, tidak pula aku keluar daripada bilik. Jam 5.30am, aku terdengar bunyi motor pulak..ingat abah ke masjid.. Tiba-tiba terdengar suara Ummi memanggilku dari luar bilik..aku menerpa keluar..

Kata Ummi " Ustaz Dahlan nazak...". Jantungku tersentak. Ya Allah...

" Abah p tengok ustaz ka?" Aku menyoal tapi tiada jawapan.

Cerita Ummi begini; Setelah menerima berita Ustaz Dahlan sedang nazak, Abah bergegas menuju ke Wad CCU di HTTF..namun abah mendapati tiada sesiapa di situ, rupanya ustaz sudah dipindahkan ke Wad First Class. Abah pulang ke rumah dan bertanya Ummi. Mu'az pula keluar dengan Nabil pergi menziarahi Ustaz pada jam 5.30 am. Kemudian, abah pergi menziarahi Ustaz bersama dengan Ummi jam 6am lebih..

Aku tinggal bersama adik-adik. Setelah Ummi pulang aku bersiap untuk pergi menziarahi Ustaz, namun tiada peneman. Lalu aku menunggu Abah untuk pulang kerana ingin menggunakan motosikal. Dalam pada itu aku menghantar sms kepada Yusra dan Ana Razak. Mana tahu aku boleh menumpang mereka untuk menziarahi ustaz. Namun, Yusra baru sahaja kembali daripada hospital manakala Ana tidak membalas sms ku.. Aku duduk menunggu sambil menyediakan sarapan pagi. Dalam hati berdoa agar aku sempat menziarahi ustaz..aku turut berdoa agar Ustaz boleh bertahan untuk beberapa hari kerana Matri akan dibuka semula selepas cuti pada hari Ahad ini. Justeru ramai pelajar Matri yg berhajat untuk menziarahi ustaz...Terus kuberdoa..

Hatiku sudah tidak sedap. Berdebar-debar. Aku melihat jam..ketika itu 9.35am..Abah masih tidak pulang..sementara menunggu aku membuka labtopku dan melihat status di fb..Hilal menyatakan kondisi ustaz..dalam pada itu ummi memberitahu Ustaz akan dibawa pulang ke rumah. Cepatnya nak bawa ust balik. Desisku sendiri.

" Ummi, ustaz tak dak harapan dah ka?" soalku pada Ummi.

Ummi mengiakan kataku. Hati rasa bagai digerit-gerit. Hajat nak keluar menziarahi ustaz terbantut pula kerana ustaz sudah dipindahkan ke rumah. Lalu aku mengajak Ummi menemaniku ke rumah Ustaz. Aku bersetuju untuk memandu kereta. Sementara Ummi bersiap, aku kembali ke labtopku.. aku menulis di status hilal tentang kepulangan ustaz ke rumahnya di Mata Ayer..

Ketika itu jam 9.50am... Aku berkira-kira untuk menulis di ruang fb ku untuk meminta sahabat-sahabat mendoakan Ustaz...tiba-tiba terdengar suara Ummi sebak..

" Nawal..!! Nawal..!! Ustaz tak dak dah...".

Aku terdiam. Terpaku depan labtopku. Jantungku berdegup pantas. Hatiku sakit tetapi tiada air mata yang mengalir. Terasa sedikit terkilan tidak dapat menziarahi dan menatap wajah ustaz tatkala nyawa masih dikandung jasadnya yang kurus... Aku pantas menghantar sms kepada sahabat-sahabatku yang dekat dan yang jauh terutamanya...mereka-mereka yg sempat terlintas di fikiranku..

Aku bergegas bersiap. Ummi menelefon Mak Cik Masturah. Mak Cik Mas baru tiba daripada Sg.Petani. Aku keluar bersama Ummi dan menjemput Mak Cik Mas di rumahnya. Setelah itu kami menjemput Mak Cik Na. Kami berempat bergerak menuju Mata Ayer. Dalam perjalanan yang sunyi itu sesekali terdengar suara mereka bertiga menyatakan rasa sedih dan terkejut kerana masing-masing meletakkan dalam hati secebis harapan agar ustaz sedar dan dapat bersama keluarga serta isteri yang baru dinikahinya. Namun, tentu perancangan dan penyusunan Allah lebih baik.

Kami tiba di rumah Ustaz lebih kurang jam 10.30am. Keadaan di rumah itu senyap sahaja. Kelihatan para sahabat duduk di luar rumah dan sahibah berada di dalam rumah. Ketika itu kelihatan sahabat dan sahibah daripada Perlis dan negeri-negeri utara yang ada di situ. Kami bersalam-salam dengan mereka dan tentunya dengan Aunty Nali. Setelah duduk seketika dan sahabat2 keluar daripada bilik Ustaz, antara yang sempat ku lihat ialah Ust.Hadi,Ust.Omar, Ust.Zainuddin,Cg.Nordin dsb. Kemudian, kami masuk ke bilik ustaz.

Subhanallah... tiada kata dapat diungkapkan melainkan air mata yang mengalir. Sedih melihat ustaz yang kurus begitu. Sudah lama aku tidak menatap wajah ustaz. Paling akhir aku melihat ustaz adalah ketika Hari Kece di Matri pada bulan lima. Kemudian, kelihatan Abg Zaini membawa 3 anak daranya melihat ustaz. Mereka bergilir mencium dahi ustaz dan kemudian masing-masing menangis. Mereka memeluk Abg Zaini dan esakan mereka semakin kuat. Aku bertambah menangis melihat mereka yang kehilangan 'tok bah' kesayangan mereka. Kemudian mereka bergerak memeluk Aunty Nali yang berada di sebelah kanan katil Ustaz.

Sungguh. Sesiapa sahaja yang melihat wajah ustaz kala itu pasti akan menangis. Ustaz sangat kurus dan cengkung. Aku meredhakan pemergian ustaz yang dikasihi.. Allah telah merehatkan ustaz dalam kerehatan yang panjang setelah ustaz berjuang sepenuh hati dan jiwanya sepanjang kehidupanya di atas muka bumi Allah ini.

Seusai keluar daripada bilik ustaz, kami pun beransur pulang. Kami pulang ke rumah dan memasak nasi untuk ahli keluarga ustaz. Kemudian, aku bersama Yusra membawa nasi putih ke rumah ustaz pada jam 12.30pm. Lauk pula dibeli oleh Cikgu Nordin. Kak Ayan memintaku menghantar nasi itu ke rumah tok / rumah Pak Usu.

( Pak Usu sekeluarga tiada di rumah kerana mereka berada di Kelantan. Orang terdekat dengan Ustaz tiada di sisi saat pemergianya.Ini juga penyusunan Allah.).

Kemudian, aku menemani Yusra,Amni dan Nuha ke bilik ustaz sekali lagi. Yusra juga menitiskan air matanya saat melihat wajah ustaz... Kelihatan Afdholul Rahman dan seorang sahabat membaca ayat suci al-Quran di sisi ustaz.. Sekejap sahaja disitu dan kami beransur ke rumah Tok.( ibu kepada Ummi Halimaton ).

Kami keluar mengikut pintu belakang rumah ustaz. Aku terpandang stor arwah Ummi Halimaton. Tergambar di fikiranku susuk tubuh Ummi di situ mencari barang-barang. Aku berasa sangat sebak dan menangis. Aku sangat rindukan Ummi Halimaton. Kini, ustaz pula menyusul pemergian isteri tercinta. Tahun lepas 14 Mei 2009, pemergian Ummi telah menyentap tangkai jantungku. Kesedihan menyelubungi semua yang mengasihinya. Kini, kisah berulang lagi apabila ustaz Dahlan pula pergi menghadap Ilahi...

Kami berempat duduk di rumah tok dan membaca surah Yaasin bagi mengisi ruang masa yang ada. Sir Abduh ada menghantar sms supaya tidak berbual kosong dan mengisi masa dengan berzikir, membaca al-Quran ataupun diam sahaja. Kemudian, para sahabat menunaikan solah zuhur di Rumah Pak usu/Tok itu. dan kira-kira jam 2.30pm kami pulang ke rumah.

Jam 4pm. Aku, Ummi, Muaz,Nuha dan Yaasir bergerak ke Matri untuk solah Asar dan solah jenazah. Jalan untuk masuk ke Matri sesak. Tempat parking juga penuh. Kami meletakkan kereta di dewan makan dan berjalan menuju musolla. Ketika kami sampai jenazah sudah sampai dan dibawa ke atas musollah. Begitu ramai sahabat dan sahibah yang dapat kulihat namun tidak semua dapat kusapa. Ramai anak-anak murid ustaz berada di bumi Matri daripada batch pertama sehingga lah batch sekarang...subhanallah...

Selesai solah jenazah, aku gegas turun ke bawah untuk melihat jenazah di bawa ke van jenazah. Kemudian, kami berempat berserta MakCik Sarah (pakcik Nasa,Jalan Kebun) menaiki kereta ke tanah perkuburan Kg.Tunjong.. Sebenarnya solah jenazah turut dilakukan di rumah Ustaz sepertimana Ummi Halimaton dulu sebelum dibawa ke Matri.

Sewaktu Ummi Halimaton dahulu, tazkirah di kubur diberikan oleh Ust.Omar, namun tazkirah di setelah pengkebumian Ustaz Dahlan dilakukan oleh Mas'ul atau Tok Guru ustaz Dahlan sendiri ketika belajar di Baghdad,Iraq dahulu. Tazkirah diberi dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Sungguh sayu suasana ketika itu. Aku tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ramainya orang membanjiri kawasan perkuburan. Kulihat air mata kak Amani, dan sahibah-sahibah lain mengalir saat tazkirah disampaikan. Aku kesana kemari melayan kerenah Abdullah Yaasir yang mula merengek.

Dalam pada itu, sempat juga aku menziarahi pusara Ummi Halimaton yang sangat kukasihi. Ramai juga yang ikut menziarahi pusara Ummi kesayangan ramai itu. Setelah selesai tazkirah, masing-masing bersalaman dan beransur pulang. Sempat ku dengar cerita Kak Amani yang berkisah dengan sahibah saat abahnya dijemput Allah. Menurut Kak Amani, Ustaz melepas dua kali nafas secara perlahan sahaja. Ketika itu, di sisi Ustaz ada Ust.Hadi,sahabat-sahabat dan anak-anak Ustaz. Tiada yang terkilan,kata Kak Amani. Alhamdulillah.

Kak Amani juga menyebut bahawa selepas jenazah Ustaz dimandikan dan dikucup oleh ahli keluarga dan cucu-cucu, anak murid ustaz turut diberi peluang untuk mengucup dahi ustaz. Ramai yang berkesempatan berbuat demikian dan semuanya menangis. " Masing-masing menangis macam abah mereka sendiri yang tiada" begitulah kata Kak Amani yang bercerita dalam sebak. Sungguh tabah anak perempuan tunggal Ust.Dahlan dan Ummi Halimaton itu..Keadaan Aunty Nali juga sungguh tabah dan kuat. Aunty sempat berbakti kepada Ustaz dengan menjaganya sepenuh jiwa dan raga. Itu dapat kulihat dari raut wajah bersih Aunty Nali yang kukasihi...

Begitulah serba sedikit kisah hari ini. Kisah aku menghadapi pemergian seorang Murabbi Hakiki.

Kata Ummiku..Allah mengambil Ustaz sedikit demi sedikit daripada kita supaya kita tidak terkejut. Ya lah, ustaz sudah koma hampir 44 hari semenjak 8/8/10 lagi.. Semakin lama kita mendapat berita tentang prestasi kesihatan Ustaz, walaupun jauh di sudut hati kita berat nak melepaskan ustaz, namun sedikit sebanyak hati sudah bersedia untuk menerima keadaan yang tidak dijangkakan...Ya. Janji Allah itu benar. Mati itu pasti. Bersediakah kita yang masih hidup ini?

Dalam kisahku ini dapatlah digambarkan betapa sedih dan pilunya semua apabila mendengar berita tentang Ustaz. Dari jauh bergegas bertolak datang ke Perlis tanpa mengira penat dan lelah. Ustaz Dahlan abah kita semua yang sangat sabar,tegas,menunjukkan qudwah hasanah,dan dirinya disimbahi hikmah dan akhlak yang menyentuh hati. Tidak hairanlah mengapa kita sangat kasih kepadanya dan sangat tersentuh dengan pemergianya. Dapat juga kita lihat ukhuwwah islamiyyah yang terjalin antara sahabat sahibah seluruh Malaysia,juga pelajar Matri, juga anak-anak murid Ustaz Dahlan.

Moga keutuhan jalinan hati ini sentiasa terikat atas keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt walaupun setelah pemergian Ustaz Dahlan. Mari sama-sama kita buktikan kecintaan kita kepada Ustaz Dahlan keranaNYa dengan berkerja keras di atas medan dakwah dan tarbiyyah demi memastikan kelangsungan tarbiyyah imaniyyah ini sampai ke dalam hati masyarakat kita.

Aku memohon maaf andai ada salah dan silap dalam setiap kata saatku berkisah ini. Moga Allah redha kita semua."
oleh; Nawal Abdul Kadir



[endtext]

Tribute ; Cinta Untukmu

1
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=5J9sxApZrW8endofvid[starttext]










Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....











[endtext]

Cinta Pertama

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=jwQDPpqJWWAendofvid[starttext] lagu asal yang dinyanyikan oleh fynn jamal ini amat unik apabila ianya dinyanyikan semula oleh seorang muslimah bertudung labuh yang menamakan diri beliau ; hana zatie,..
anda boleh melihat perkembangan beliau di page fan facebook beliau ; hana zatie fan club

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..
[endtext]

150 juta - Hana Zatie

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=_Jr1iStv1Lkendofvid[starttext]
Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Chorus *

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga


penyanyi; munif ahmad (hijjaz
[endtext]

Bidadari -Munif

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=WNqJ2P_sip8endofvid[starttext]
Bersaksi dua kalimah
Lafazkan dengan sepenuh keyakinan
Tiada Tuhan selain ALLAH
Nabi Muhammad pesuruh ALLAH

Berikrar dengan syahadah
Iktikad dengan seluruh kebulatan
Bersandar pada Al-Quran
Sunnah RasululLah itulah panduan

Iman, Islam jua ehsan
Kesatuan rumpun Islam
Aqidah, Syariat, Hakikat
Jangan terpisah

Tidak sempurna keimanan tanpa keIslaman
KeIslaman tanpa Iman kan jadi rapuh
Ehsan itu penghayatan
Rasa takut dan kehambaan
Beribadah bagai melihat ALLAH

Sungguh indah kehidupan dengan bersyariat
Rukun Iman, Rukun Islam asas ajarannya
Amalan hati dizahirkan
Dengan budi dan kemuliaan
Islam itu rahmat seluruh alam


Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz


[endtext]

Iman Islam Ehsan

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=riulFGbp25kendofvid[starttext]
Engkau menjelang tiba
Dengan tawa riang
Membawa kenangan lama
Sejarah akan berulang

1400 tahun yang silam
Mengingati kembali
Perjuangan agung kekasih Ilahi
Menegakkan seruan suci

Di bumi yang tandus ini
Tandusnya iman
Tandus budi dan akhlak
Tandus undang-undang

Datang yang sempurna
Membaiki segala-galanya
Menanamkan semangat
Menaburkan jasa

Moga segeralah timbul pembela baru
Menyambung kembali menegakkan seruan suci

Baktinya suci pada bumi ini
Cerah kembali yang gelap ini

Moga sejahtera hidup
Kekal abadi di bumi bertuah
Bertuah ini

Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz



[endtext]

Kekasih Agung

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=NPbWHmlVTQ8endofvid[starttext]
Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang

Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa


Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz



[endtext]

Engkau Insan Sempurna

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=cN5IQgBrF5gendofvid[starttext]
Di jasad tiap insan
Diciptakan hati membendungi perasaan
Di situlah bermula
Satu pertimbangan penentuan arah

Tiada apapun jua
Diciptakan sia-sia
Tiada apapun jua
Yang terjadi tiba-tiba

Hati menjadi neraca diri
Tiap langkah harus diimbangi

Diberikan pilihan
Akal dan fikiran, hati dengan perasaan
Usahalah mencari
Kekuatan diri saat kau diuji

Umpama cermin dihinggapi debu
Demikian hatimu
Seandainya dibiarkan begitu
Pasti akan kelabu pandanganmu
Kehidupan akan jadi tak menentu

Dianugerahkan Tuhan
Pada tiap insan ada keistimewaan
Di hatilah bermula
Tiap pertimbangan tiap langkah

Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz



[endtext]

Neraca Diri

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=nBsKlz3Cr8gendofvid[starttext]
Khabar itu merusuh jiwa
Titah yang dicerca semesta
Si kecil bergelar lelaki
Bakal korban si derhaka

Resahmu bertukar debaran
Ketika bergema ketukan
Di mana nak kau sembunyikan
Tubuh kecil tak berdosa

Alam bagaikan membisu
Arus Sungai Nil pun mengalir lesu
Mendengarkan tangismu
Saat menyaksikan
Bayimu yang hanyut bersendirian

Duka tak terbanding kata
Dan halus nalurimu terdera
Sungguh kerinduanmu hebat terduga

Teguhlah ibu yang mulia
Berpegang pada satu percaya
Berpisah bukan selamanya
Janji-Nya bukan dusta

Tika dipanggil ke istana
Lengkaplah kisah kasih yang sempurna
Bayimu kehausan
Lalu kau susukan
Menitis airmatamu kesyukuran

Nyatalah janji Yang Esa
Terpisah ‘tuk bertemu semula
Kau genggam kembali jemari kecilnya

Walau diam dalam rahsia
Terpujuk sudah hati yang hiba
Yang dirindu kini kau dakap bahagia

Yukabid engkau tamsil cinta
Lambang tulusnya kasih ibunda
Pengorbanan yang tiada mula
Dan tiada hujungnya

Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz

[endtext]

Ratu Nil

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=Dcehm29py6E&feature=relatedendofvid[starttext]
SubhanalLah AlhamdulilLah
Syukur pada ALLAH yang menciptakan kita

Seluas lautan
Yang tidak pernah ada tepinya
Itulah nikmat kurnia-Nya selama ini

Sesekali diri diuji
Hingga tak berdaya langkahku
Itu sebenarnya
Nikmat kasih sayang dari-Mu padaku

Di dalam hati yang keresahan
Kau datang menemani
Memberi sinar penuh harapan

Di dalam hati yang kekosongan
Kau isikan kasih-Mu
Agar jadi panduan menerus kehidupan

Doa ikhlas silih berganti
Di hati

SubhanalLah AlhamdulilLah
Syukur pada ALLAH yang menciptaka

Terima dengan syukur
Segala pemberian-Nya
Pasti ada kemanisan yang tersembunyi
Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz

[endtext]

Syukur Padamu

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=v0mVPsOXw5Aendofvid[starttext]
Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya

Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa

Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran

Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara

Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH

Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah RasululLah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH


Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz


[endtext]

Embun Hidayah

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=xGqEBmsck9sendofvid[starttext]
Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”


Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz



[endtext]

Satu Amanah

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=pINY9yrzPvUendofvid[starttext]Syiah merupakan sebuah mazhab aqidah didalam islam.. aqidah mereka tidak diterima didalam ahli sunnah wal jamaah.. mereka menganggap orang islam lain yang tidak bermazhab syiah tidak ada apa-apa.
bahkan , yang lebih menyedihkan lagi, puak ini memusuhi dan membunuh ahli sunnah, malahan.. mereka ini semakin tersebar kefahaman mereka di negara tercinta kita Malaysia...
jom banteras syiah![endtext]

Kekejaman Syiah di bumi Iraq

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=xMddz3b3w_4endofvid[starttext]sinetron ini boleh didownload di http://share-central.blogspot.com/2010/07/kcb-series-sdtv-2010-on-going.html [endtext]

download KCB

0
[postlink]http://www.youtube.com/watch?v=HqEPqQT4C5s&feature=relatedendofvid[starttext]santapan jiwa para daie yang selalu terlupa dan terlalai...
terkadang sayang berfikir,,,
hati para daie itu perlu sentiasa bersih dan suci..

diam dan geraknya perlulah sentiasa dalam zikir dan munajat kepada Allah SWT...
semoga Allah membantu kita..
[endtext]

Syamil